Thursday, September 17, 2009

Tak tahu anak carum

KUALA LUMPUR: “Saya sendiri terkejut apabila dimaklumkan arwah anak saya ada mencarum dalam dua premium insurans bernilai RM100,000,” kata Rapiah Kasman, 53.
Rapiah ibu kepada seorang anggota polis di Unit Tugas Am, Balai Polis Petaling, Konstabel Azhar Ashari, 22 yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kejadian langgar lari dari belakang pada Mei lalu dalam satu operasi bersepadu polis.
Menurutnya, walaupun kejadian yang menimpa anak bongsunya itu sudah empat bulan berlaku, namun kejadian itu masih berlegar di fikirannya.“Walaupun sedih tapi saya reda dengan ketentuan Ilahi dan menganggapnya sebagai takdir,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini, semalam.

Katanya, anaknya itu tidak pernah memberitahu keluarganya mengenai caruman sebanyak itu sejak menyertai perkhidmatan itu sejak tiga tahun lalu.
“Apabila diberitahu syarikat insurans, saya terkejut. Hakikat yang wang tidak boleh diganti dengan nyawa memang benar, namun wang ini dapat membantu meringankan beban. “Duit yang diterima ini akan disimpan untuk kegunaan masa depan,” katanya.
Ketika ditanya mengenai sambutan raya tanpa anak bongsunya, Rapiah berkata, ia pasti tidak sama seperti tahun lalu kerana arwah rajin membantu termasuk memasang langsir dan menghias rumah.
Katanya, anak bongsu daripada lima beradik itu seorang yang rajin dan sering membantunya.
Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata arwah seorang anggota polis yang prihatin selain bersikap matang dalam melaksanakan setiap tugas diberikan.

sumber: harian metro

p/s: makcik tu cakap memanglah duit tu tidak boleh menggantikan arwah anaknya..namun..sekurang kurangnya boleh meringankan beban...haaaaa...tu la yang kita nak dengar..anda macamana???

No comments:

Post a Comment