Wednesday, September 9, 2009

Langgar isteri kerana insurans..

Baca tajuk cam kurang ajar rasanya kan??Tapi hakikatnya itulah yang berlaku, saya baca berita ni di harian metro , tapi berlaku kat negeri omputih..Baca detail:




LONDON: Seorang lelaki cuba membunuh isterinya untuk memperoleh insurans nyawa berjumlah lebih RM2.8 juta, sekali gus membolehkan dia berfoya dengan wanita lebih menarik.Michael Hollins, 40, dituduh melanggar isterinya, Chloe, ibu dua anaknya dengan kereta Land Rover Discovery ketika wanita itu berjalan bersama anjing mereka.Chloe terpelanting tetapi hanya mengalami kecederaan pada pinggul dan kakinya sementara anjing berkenaan terbunuh.Hollins, ahli perniagaan, di didakwa mempunyai seorang lagi isteri di Scotland dan beberapa kekasih lain.
Hollins yang berasal dari Northampton menafikan tuduhan cuba membunuh dan menyebabkan kecederaan teruk dengan sengaja.Kejadian berlaku di jalan sempit berhampiran rumah mereka di Breinton, Hereford. Chloe dalam laporannya berkata, dia tidak melihat pemandu kereta itu.Bagaimanapun, menemui kesan darah Hollins dalam kenderaan itu yang ditinggalkan di kawasan lain.Siasatan terhadap komputer riba Hollins mendedahkan dia pernah berbincang mengenai cara untuk melakukan pembunuhan dalam satu laman sembang. Lockhart memberitahu juri: “Dia bertindak untuk membunuh isteri yang sudah tidak disayanginya kerana mahukan wanita yang lebih menarik.” - Agensi

So apa pendapat anda???Tepuk dada tanya selera...

No comments:

Post a Comment