Sunday, November 22, 2009
*Testimoni* Mengapa orang ramai membeli insurans hayat.
Berikut adalah beberapa contoh mengapa orang ramai daripada berbagai lapisan masyarakat membeli polisi insurans hayat:
Pemandu teksi yang menampung sara hidup keluarganya:
"Saya telah bekerja sebagai pemandu teksi selama sepuluh tahun."
"Saya sudah lama terfikir hendak membeli polisi insurans hayat tetapi tidak berbuat demikian sehingga saya ditimpa kemalangan dan tidak dapat bekerja selama beberapa minggu."
"Pendapatan saya tidak tetap. Saya akan hanya mempunyai pendapatan sekiranya saya bekerja. Jika saya sakit atau ditimpa kemalangan dan terpaksa pula masuk ke hospital, saya tidak dapat mencari nafkah. Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan isteri saya pula tidak bekerja. "
"Semasa saya sakit dan tidak bekerja, saya berasa amat bimbang akan nasib anak-anak dan isteri sekiranya saya meninggal dunia. "
"Ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya polisi insurans hayat untuk melindungi keluarga sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri saya."
Seorang guru yang menjaga ibunya:
"Saya masih bujang dan telah mengajar selama lima tahun. Saya tidak mempunyai tanggungan lain kecuali ibu saya yang berumur lima puluh tahun. "
"Sebagai memenuhi tanggungjawab seorang anak, saya telah membeli polisi insurans hayat dan menamakan ibu sebagai penama. Sekiranya saya ditimpa kemalangan dan meninggal dunia, wang daripada polisi insurans hayat itu akan dapat membantu ibu untuk terus menikmati taraf hidup yang baik. Ibu juga boleh menggunakan wang tersebut untuk mengambil pembantu rumah untuk menjaganya."
Ahli perniagaan yang ingin melindungi keluarganya:
"Saya telah berkecimpung dalam bidang perniagaan selama lima belas tahun. Walaupun perniagaan saya maju, saya tidak mahu keluarga saya kehilangan taraf hidup yang dinikmati sekarang."
"Semua jenis perniagaan ada risikonya. Saya berasa amat bimbang jika satu hari nanti kemelesetan ekonomi yang teruk akan menyebabkan perniagaan saya gagal dan jatuh bankrap. "
"Saya tidak mahu pemiutang mengambil polisi-polisi insurans hayat saya dan menyerahkannya untuk mendapatkan tunai sedangkan pada itulah saya harus melindungi polisi-polisi tersebut. "
"Justeru itu, saya telah membeli polisi insurans hayat dan menamakan isteri dan keempat-empat orang anak saya sebagai penama. Di bawah Seksyen 166 Akta Insurans 1996, polisi tersebut menjadi polisi amanah. "
"Jika sekiranya perniagaan saya gagal dan saya jatuh bankrap, polisi tersebut akan melindungi keluarga saya sekiranya saya meninggal dunia. "
Balu yang berasa bimbang akan kebajikan anak-anaknya:
"Suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan tiga tahun yang lalu ketika berumur awal empat puluhan. Kami mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah."
"Kami bersyukur kerana mendiang suami saya mempunyai polisi insurans hayat. Wang yang diperolehi daripada polisi tersebut telah digunakan untuk melangsaikan pinjaman rumah."
"Walaupun begitu, saya masih terpaksa mencari pekerjaan untuk menyara hidup kami sekeluarga. Oleh itu, saya juga telah membeli polisi insurans hayat untuk melindungi saya jika berlaku kemalangan, kecacatan dan juga kematian ke atas diri saya. Sebagai ibu, saya bertanggungjawab membuat perancangan untuk anak-anak saya."
Monday, November 16, 2009
Usahawan takaful menjalankan perniagaan terbaik
Sekiranya anda juga adalah seorang usahawan takaful, anda pasti bersetuju bahawa adalah sukar untuk memasarkan program takaful kepada orang lain melainkan kita sendiri telah menyertainya terlebih dahulu. Persoalannya, adakah anda telah menyertai program takaful yang secukupnya? Adakah program takaful anda lengkap?
Anda mungkin beranggapan ianya telah lengkap. Anda beranggapan bahawa anda telah memiliki perlindungan takaful mengikut kemampuan anda tetapi anda sebenarnya memerlukan lebih banyak perlindungan takaful. Anda perlu menyertai program takaful melebihi kemampuan semasa anda. Lakukanlah, dan anda akan terpaksa menggandakan aktiviti pemasaran anda untuk menjelaskan bayaran bagi penyertaan yang tidak mampu anda miliki. Sekiranya anda sendiri enggan menyertai program takaful melebihi kemampuan anda, bagaimanakah pula anda menanggani bantahan calon pelanggan apabila mereka berkata Kami tidak mampu?
"Sesungguhnya kamu meninggalkan keluarga kamu di dalam keadaan berharta adalah lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka di dalam keadaan papa kedana sehingga terpaksa meminta-minta (dan akan menyusahkan orang lain)."
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
"Wahai anakku, carilah kekayaan dengan bekerja secara halal untuk mengelakkan kefakiran. Kerana orang yang fakir itu akan mengundang tiga perkara iaitu lemah agamanya, lemah akalnya dan hilang malunya. Dan yang lebih besar daripada ketiga-tiga perkara itu ialah manusia lain memandangnya dengan pandangan yang rendah (hina).
Pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya
credit to:http://www.takaful.biz/topik/usahawan-takaful/
Friday, November 13, 2009
Remaja terpaksa potong kaki kiri

“Selepas beberapa jam, kaki adik saya mula kebas dan kemerah-merahan serta timbul bintik-bintik seperti ruam menyebabkan saya panik, namun diberitahu ia kesan biasa akibat pengambilan darah dari bahagian itu.“Selain itu, dia mendakwa kesan berkenaan perkara normal bagi penghidap kencing manis,” katanya ketika ditemui, semalam.
Namun, kesan itu bertukar lebam menyebabkan adiknya tidak boleh berdiri menyebabkan dia mengadu kepada kakitangan yang merawat adiknya, namun tidak diendahkan.“Selepas lima hari, seorang doktor pakar melawat adik saya dan terkejut melihat keadaan kakinya yang bengkak dan lebam lalu mengarahkan dia dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. “Lebih mengejutkan, setibanya di HKL, kami dimaklumkan kaki adik saya sudah terlewat untuk diselamatkan kerana saluran darahnya tersumbat dan perlu dipotong sehingga ke lutut.
Ini kerana jika dibiarkan dia berisiko tinggi mendapat jangkitan kuman yang serius sehingga boleh membawa maut,” katanya.Akur nasihat doktor, adiknya menjalani pembedahan memotong bahagian itu kira-kira dua minggu lalu.“Kini, adik sering termenung dan menangis kerana kehilangan anggota badannya sedangkan dia seorang yang aktif.“Ini memberi tekanan kepada kami sekeluarga dan tindakan saman akan diambil terhadap kecuaian HSAH mengakibatkan masa depan adik gelap,” katanya yang membuat laporan polis di Sungai Petani.
Wednesday, November 4, 2009
MAA Takaful unveils all-cancer coverage
MAA Takaful Bhd, the latest entrant into the takaful market, has launched what is believed to be the industry's first standalone comprehensive cancer plan that covers all forms of cancer.
Called MAA Takaful CancerCare, the scheme offers benefits at both early and advanced stages of cancer.Chief executive officer Salim Majid Zain said: “The plan is the first of its kind in the takaful industry.
Apart from that, it is unique in that it pays out the benefits at the first stage of cancer for 10 gender-specific cancers to assist the policyholder in seeking the necessary treatment. These gender-specific cancers are common cancers.“This day and age, no one can say for sure that cancer can be avoided.
But with medical advances, it is possible to diagnose most forms of cancer early. That is why our focus is to ensure the survival of our policyholders.”Salim Majid ZainThe company expected the product to rake in about RM10mil in contribution in the first year.
In the first week of its launch, MAA Takaful managed to secure 138 cases (policies). The product was launched early this month.According to Salim, treating cancer is expensive and the number of people dying from cancer is on the rise.
Worldwide every year, cancer strikes 11 million people, both adults and children, and six million die from it annually.
Salim said in Malaysia currently, about 45,000 people had been diagnosed with this deadly disease. Cancer is the second leading cause of death after heart disease in the country, he noted.This article was first published in The Star on 29. July 2008For further reading, kindly visit www.thestar.com.my
Tuesday, November 3, 2009
Fahami huruf bercetak halus polisi insurans - Utusan Malaysia
Ejen insurans hayatnya menjelaskan bahawa polisi insurans rawatan dan kesihatan yang dijual oleh syarikat insurans hayat lazimnya merupakan pakej insurans hayat atau insurans hayat sementara dengan insurans rawatan dan kesihatan sebagai rider.
Terdapat beberapa pengecualian dalam bahagian insurans rawatan dan kesihatan yang dikenali sebagai syarat pra-wujud (pre-existing condition). Ia merupakan pengecualian standard bagi hampir kesemua insurans rawatan dan kesihatan.
Polisi tersebut akan mengecualikan semua keadaan yang telah dikenalpasti atau besar kemungkinan sudah diketahui sebelum polisi berkuatkuasa.
Ini juga termasuk beberapa jenis penyakit tertentu yang dikecualikan dalam jangka masa 12 bulan setelah polisi insurans dikeluarkan.
Jenis penyakit yang dikecualikan adalah seperti penyakit kencing manis, tumor termasuk sista, gastrik, hipertensi, batu karang pundi hempedu atau buah pinggang, katarak, buasir, masalah nasal, hernia dan lain-lain.
Bagaimanapun, penyakit ini akan dilindungi insurans sekiranya ia terjadi atau wujud selepas tempoh 12 bulan pertama. Ejen insuransnya menjelaskan bahawa 'syarat pra-wujud' lazim dikenakan ke atas semua polisi insurans rawatan dan kesihatan.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya membeli perlindungan kesihatan semasa muda dan sihat untuk memastikan keadaan mereka dilindungi sekiranya terkena penyakit selepas tempoh penyingkiran.
Dalam kes lain, Puan Sarjit Kaur, seorang suri rumahtangga, telah membeli polisi rawatan dan kesihatan daripada sebuah syarikat insurans hayat yang lain. Dia diberitahu sekiranya dia dimasukkan ke hospital, polisinya akan membayar balik sepenuhnya semua perbelanjaan perubatannya tetapi tertakluk pada syarat dan had di dalam polisi yang telah dibeli.
Namun ejennya menjelaskan bahawa polisi insuransnya hanya akan berkuatkuasa selepas 30 hari sekiranya dia mendapatkan rawatan perubatan bagi penyakit yang bukan disebabkan oleh kemalangan.
Tambah ejen tersebut, bagi rawatan yang berpunca daripada kemalangan, ia akan bermula sebaik sahaja polisi tersebut berkuatkuasa. Syarat 30 hari merupakan ciri lazim bagi hampir kesemua polisi insurans rawatan dan kesihatan.
Ini adalah beberapa istilah dan syarat penting tentang polisi insurans rawatan dan kesihatan yang harus diketahui oleh pengguna apabila mereka ingin membeli polisi ini. Semua ini telah termasuk dalam harga polisi tersebut.
Pengguna hendaklah memastikan bahawa mereka tidak tersilap membayar untuk dua polisi kerana faedah polisi tersebut adalah sama ada jenis indemniti atau berdasarkan pembayaran semula.
Mereka mesti memilih jenis polisi atau faedah yang mereka inginkan sebelum menandatangani sebarang kontrak.
Polisi penghospitalan dan pembedahan yang dibeli oleh Puan Sarjit Kaur merupakan pelan bayaran balik. Ini bermakna Puan Sarjit hanya boleh membuat sekali tuntutan daripada sebuah syarikat insurans sahaja untuk bayaran balik perbelanjaan perubatannya.
Sekiranya anda telah membeli beberapa polisi jenis ini, anda hanya boleh menuntut jumlah perbelanjaan yang melebihi had maksimum polisi pertama sahaja.
Insurans kemalangan dan penyakit kritikal pula berdasarkan prinsip indemniti. Bagi insurans kemalangan, jumlah yang diinsuranskan akan dibayar mengikut syarat polisi kemalangan tersebut.
Bagi polisi penyakit kritikal pula, bayaran sekaligus akan dibuat sekiranya orang yang diinsuranskan didiagnosiskan dengan mana-mana penyakit kritikal yang tersenarai dalam syarat-syarat polisi tersebut. Anda boleh menuntut lebih daripada sebuah syarikat untuk kes yang sama.
Namun, pihak penginsurans menghendaki anda mendedahkan dengan sepenuhnya dan secara jujur kesemua polisi insurans jenis ini yang telah dibeli ataupun sedang merancang untuk membeli. Ini adalah kerana pihak penginsurans mempunyai had jumlah diinsuranskan yang tertentu bagi setiap individu.
Pengguna boleh mendapatkan nasihat profesional daripada ejen-ejen yang berdaftar atau jabatan perkhidmatan pelanggan syarikat insurans hayat untuk maklumat lebih lanjut tentang jenis-jenis pelan insurans yang sedia ada.
Sebagai peringatan, anda hendaklah membaca dan memahami huruf bercetak halus polisi insurans yang dicadangkan sebelum menandatangani kontrak tersebut.
*Rencana ini telah diterbitkan dengan kerjasama Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM). Rencana yang telah disiarkan boleh didapati melalui laman web LIAM www.liam.org.my.
Monday, October 5, 2009
MAA SMART MEDIC VS H1N1
Berita baik untuk semua bakal2 client and also existing clients,H1N1 dilindungi oleh medical card MAA TAkaful and also MAA Assurance. Bagus bukan???Walaupun dah di isytiharkan sebagai pandemik, MAA masih berbesar hati untuk melindungi anda dan keluarga anda dari wabak ini..
So apa tunggu lagi...dapatkan MAA Medical Card dari saya sekarang...
Tuesday, September 22, 2009
SMART MEDIC, jadual pembayaran dan faedah.
Inilah kad yang akan anda terima sekiranya permohonan anda diterima, ianya bersifat "cashless" dan diterima pakai oleh kebanyakan hospital swasta di seantero Malaysia..Cantik dan kelasss kan??

Thursday, September 17, 2009
Tak tahu anak carum
Rapiah ibu kepada seorang anggota polis di Unit Tugas Am, Balai Polis Petaling, Konstabel Azhar Ashari, 22 yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kejadian langgar lari dari belakang pada Mei lalu dalam satu operasi bersepadu polis.
Menurutnya, walaupun kejadian yang menimpa anak bongsunya itu sudah empat bulan berlaku, namun kejadian itu masih berlegar di fikirannya.“Walaupun sedih tapi saya reda dengan ketentuan Ilahi dan menganggapnya sebagai takdir,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini, semalam.
Katanya, anaknya itu tidak pernah memberitahu keluarganya mengenai caruman sebanyak itu sejak menyertai perkhidmatan itu sejak tiga tahun lalu.
“Apabila diberitahu syarikat insurans, saya terkejut. Hakikat yang wang tidak boleh diganti dengan nyawa memang benar, namun wang ini dapat membantu meringankan beban. “Duit yang diterima ini akan disimpan untuk kegunaan masa depan,” katanya.
Ketika ditanya mengenai sambutan raya tanpa anak bongsunya, Rapiah berkata, ia pasti tidak sama seperti tahun lalu kerana arwah rajin membantu termasuk memasang langsir dan menghias rumah.
Katanya, anak bongsu daripada lima beradik itu seorang yang rajin dan sering membantunya.
Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata arwah seorang anggota polis yang prihatin selain bersikap matang dalam melaksanakan setiap tugas diberikan.
sumber: harian metro
p/s: makcik tu cakap memanglah duit tu tidak boleh menggantikan arwah anaknya..namun..sekurang kurangnya boleh meringankan beban...haaaaa...tu la yang kita nak dengar..anda macamana???
Tuesday, September 15, 2009
Kenapa anda mesti memilih MAA TAKAFUL SMART MEDIC??
1. PEMBIAYAAN SEPENUHNYA KE ATAS
- kos pembedahan
- bilik unit rawatan rapi- bilik bedah
- rawatan susulan selepas penghospitalan
- khidmat rundingcara Pakar Perubatan
- bilik hospital & makan- khidmat Pakar Bius
- kos ubat-ubatan & peralatan hospital
- khidmat hospital ( yang berkaitan perubatan )
- Ambulan
- kos rawatan bagi semua penyakit biasa seperti demam, batuk, muntah berlarutan dsbnya
- kos rawatan bagi kesemua 36 penyakit kritikal
2. RAWATAN PESAKIT LUAR
- kes kemalangan & kecemasan**
- dialisis buah pinggang pesakit luar
-rawatan kanser pesakit luar
3. JAMINAN PEMBAHARUAN KEAHLIAN PELAN SEHINGGA UMUR 80 TAHUN
- MAA Takaful memberi jaminan pembaharuan keahlian pelan sehingga umur 80 tahun
4. MANFAAT LAIN
- Elaun harian sebagai Penjaga bagi kanak-kanak yang diinsuranskan
- Elaun harian hospital kerajaan
- Elaun penjagaan pesakit di rumah
- Laporan perubatan pesakit
- Cukai perkhidmatan kerajaan
5. TIADA KO-TAKAFUL
- Pelan ini TIADA ko-takaful. 100% bil perubatan anda kami bayar
6. KHAIRAT KEMATIAN BERNILAI RM 5,000.00
- Setiap pemegang polisi di beri perlindungan khairat kematian sebanyak RM 5,000.00
- Layak untuk sebarang sebab kematian
7. BIL RAWATAN PERCUMA BERNILAI RM 150,000 HINGGA RM 600,000
- Had Tahunan & Seumur Hidup mengikut jenis pelan pilihan
-Terdapat 4 pelan pilihan berdasarkan kesesuaian pelanggan
8. HAD BILIK HOSPITAL TINGGI RM 150 HINGGA RM450
- Had bilik termasuk makan & minum pesakit di hospital.
9.PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN SEHINGGA RM 3000 SETIAP TAHUN
- Setiap pemegang polisi layak menerima manfaat ini setiap tahun
** definasi kemalangan & kecemasan - terjatuh di bilik air, kemalangan kereta/motor, terjatuh semasa bermain bolasepak di padang, keracunan makanan, melibatkan kecederaan di bahagian tubuh badan, dsbnya.
Wednesday, September 9, 2009
Langgar isteri kerana insurans..

LONDON: Seorang lelaki cuba membunuh isterinya untuk memperoleh insurans nyawa berjumlah lebih RM2.8 juta, sekali gus membolehkan dia berfoya dengan wanita lebih menarik.Michael Hollins, 40, dituduh melanggar isterinya, Chloe, ibu dua anaknya dengan kereta Land Rover Discovery ketika wanita itu berjalan bersama anjing mereka.Chloe terpelanting tetapi hanya mengalami kecederaan pada pinggul dan kakinya sementara anjing berkenaan terbunuh.Hollins, ahli perniagaan, di didakwa mempunyai seorang lagi isteri di Scotland dan beberapa kekasih lain.
Hollins yang berasal dari Northampton menafikan tuduhan cuba membunuh dan menyebabkan kecederaan teruk dengan sengaja.Kejadian berlaku di jalan sempit berhampiran rumah mereka di Breinton, Hereford. Chloe dalam laporannya berkata, dia tidak melihat pemandu kereta itu.Bagaimanapun, menemui kesan darah Hollins dalam kenderaan itu yang ditinggalkan di kawasan lain.Siasatan terhadap komputer riba Hollins mendedahkan dia pernah berbincang mengenai cara untuk melakukan pembunuhan dalam satu laman sembang. Lockhart memberitahu juri: “Dia bertindak untuk membunuh isteri yang sudah tidak disayanginya kerana mahukan wanita yang lebih menarik.” - Agensi
So apa pendapat anda???Tepuk dada tanya selera...
Kenapa jadi agent insurans????
- yang paling utama coz dah kena batang hidung sendiri..anak admitted @ Sri Kota Medical Centre , nasib baik ada medical card...selamat duit den, bayar RM 12.00 je.
- ramai lagi kawan-kawan and family members yang tidak mempunyai sebarang polisi
- untuk create awareness and info
- fr myself , nak cari extra income...he he...